Rabu, 07 Januari 2015

Bonnie and Clyde; Penjahat Kelas Dunia

 





Ada yang belum kenal dengan Bonnie dan Clyde (Inggris: Bonnie and Clyde), pasangan tindak kriminal  terkenal kelas dunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) sekitar 1931 hingga 1934. Mereka pasangan yang sangat kompak dalam dunia kejahatan, seperti mencuri, merampas, merampok, bahkan membunuh.

Mereka melakukan perompakan di lebih 15 bank, premis perniagaan dan meragut bergerak aktif bersama kumpulannya dikenali sebagai Barrow Geng yang dianggotai Buck Barrow, Blanche Barrow, Raymond Hamilton, W D Jones, Joe Palmer, Ralph Fults dan Henry Methvin.

Sepanjang melakukan tindak kejahatan, mereka dilaporkan membunuh 13 orang termasuk sembilan anggota polis.



Kematian dan segala tindak kriminal yang dilakukan membuat pasangan itu popular sehingga dilabelkan sebagai penjahat kriminal  kelas dunia apabila kisah hidup pasangan ini difilmkan oleh pengarah Fritz Lang berjudul You Only Live Once pada 1937.

Pada 1958, pengarah William Witney kemudiannya turut memfilmkan kisah hidup pasangan ini dengan judul “The Bonnie Parker Story”.

Sepuluh tahun kemudian, stesen televisyen tempatan membuat drama bersiri mengangkat kisah pasangan ini melalui Bonnie & Clyde: The True Story.

Plot kisah mereka mudah. Memaparkan  pasangan romantis seperti Romeo & Juliet melakukan rompakan, membunuh, mencuri dan akhirnya menemui ajal bersama.

Di sebalik keganasan dilakukan, Bonnie dikatakan seorang ‘penjenayah sentimental’ susulan penemuan ratusan puisi cinta oleh anggota penyiasat ketika menggeledah kediaman mereka.

Selain itu, kumpulan penyiasat turut menemui beberapa keping foto romantis mereka bergaya bersama puluhan  senjata yang digunakan untuk melakukan jenayah.

Kini, kesemua senjata berkenaan di pamerkan di National Museum of Criminal and Punishment.

Bonnie

Bonnie merupakan anak kedua daripada tiga beradik hasil pasangan  Charles Parker dan Emma Krause. Beliau dilahirkan dilahirkan di Rowena, Texas. Ketika berusia 4 tahun, ayahnya meninggal dunia dan mereka berpindah ke kampung halamannya di Cement City, Dallas.

Sepanjang berada di bangku sekolah, Bonnie merupakan pelajar paling menonjol terutama dalam penulisan puisi dan pengucapan awam. Sehingga ke hari ini, karyanya boleh diperoleh melalui buku The story of Suicide Sal dan The Trail’s End.

Ketika berada di gred dua sekolah tinggi, Bonnie yang ketika itu berusia 16 tahun jatuh cinta dengan rakan sekelasnya Roy Thornton, lalu mereka berkahwin pada 1926 dan berhenti sekolah.

Bagaimanapun usia perkahwinan mereka hanya bertahan tiga tahun. Tetapi, penceraian itu dikatakan tidak dilakukan secara rasmi. Media melaporkan, ketika Bonnie ditembak mati, beliau masih memakai cincin perkahwinannya itu.

Lebih mengejutkan, ketika Bonnie ditembak, Thornton merupakan salah seorang daripada anggota polis yang terlibat ketika serbuan terbabit.

Clyde

Clyde dilahirkan di Ellis County, Texas, selatan Dallas. Beliau merupakan anak lima dari tujuh beradik dari hasil perkahwinan Henry Basil Barrow dan Cumie T Walker. Membesar dalam keluarga miskin, mereka  kemudiannya berpindah ke barat Dallas pada awal 1920 kerana kemelesetan ekonomi dunia. Pada bulan pertama mereka berpindah, keluarganya hanya berteduh di gerabak kereta api usang.

Kali pertama Clyde ditahan polis adalah pada 1926 kerana gagal memulangkan kereta yang disewa pada masa yang ditetapkan. Beliau kemudiannya sekali lagi ditahan bersama abangnya Marvin 'Buck' Barrow, atas kesalahan mencuri ayam belanda. Setahun kemudian, beliau terus aktif mencuri hingga dipenjarakan dua tahun di Eastham Prison Farm.

Cinta Bonnie, Clyde

Jika dilihat dari sudut latar belakang keluarga Bonnie, ia bukan gadis yang kasar.

Namun, sejak berkenalan dengan Clyde dalam satu majlis di rumah sahabatnya menjadikan Bonnie seorang gadis liar. Mulai saat perkenalan itu, Bonnie yang ketika itu berusia 19 tahun mula berjinak dengan kumpulan Barrow.

Bonnie sanggup mengikut jejak Clyde gara-gara kemaruk cinta. Maka itu tidak heran pasangan ini dikenal sebagai dua penjahat sejoli karena sering melakukan kegiatan kriminal bersama.

Unikya, mereka juga sering membawa kamera saat melakukan kejahatan dan berfoto dengan barang-barang hasil curian mereka.

Kematian  

Pada 1934, merupakan tahun puncak kegiatan mereka tumpas. Pasangan itu ditembak mati oleh enam anggota polis dalam serbuan di Bienville Parish Louisiana.
 

Mobil milik Bonnie and Clyde yang mereka gunakan sehari-harinya setlah ditembak polisi saat penangkapannya sekarang dipajang di museum







1 komentar:

  1. In this world there must be a villain whose ability to stand out , as an example , the stolen goods is not only a clothesline

    togel online

    BalasHapus